Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah diberi pengiktirafan 5 bintang bagi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Tahun 2024 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dengan keputusan 99.67% dan mengekalkan pencapaian 5 bintang sejak tahun 2015. Keputusan pencapaian KPI HRMIS tahun 2024 telah diumumkan pada 31 Julai 2025.
5 November 2025 - YBM Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Kelantan, telah menghadiri majlis makan tengah hari atas jemputan Tuan Phasit Chudabuddhi, Konsul Jeneral Thailand di Kota Bharu. Pertemuan ini berlangsung dalam suasana mesra dan penuh semangat kerjasama.
Kedua-dua pihak membincangkan pelbagai potensi kerjasama strategik antara Kelantan dan Thailand, termasuk peningkatan hubungan rentas sempadan, pelaburan sektor swasta, industri halal, logistik, pelancongan serta pembangunan sumber nadir bumi negeri.
Kerajaan Negeri Kelantan...
2 November 2025 - Kunjungan Hormat Akauntan Negara Malaysia ke SUK Kelantan
YBM Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan, telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato' Zainani binti Jusoh, Akauntan Negara Malaysia. Turut hadir ialah dua pegawai kanan Kerajaan Negeri, iaitu YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri dan YBhg. Dato' Bendahari Negeri. Pertemuan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara Jabatan Akauntan Negara dan Kerajaan Negeri Kelantan dalam aspek pengurusan kewangan awam yang lebih cekap, telus dan berintegriti. Semoga hubungan ini terus diperkasa demi...
29 Oktober 2025 :- Pejabat SUK Kelantan telah mengadakan Lawatan Inovasi ke MBSA,Selangor. Delegasi terdiri daripada 36 peserta daripada 13 jabatan Negeri Kelantan yang merupakan pemenang-pemenang Anugerah Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025.
Lawatan inovasi ini telah disambut mesra oleh YBrs. Puan Wan Suraya binti Sahabaludin, Ketua Seksyen Kualiti Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam,MBSA.
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik (best practices) MBSA dalam pelaksanaan inisiatif inovasi dan tadbir urus bandar pintar dan melihat lebih dekat bagaimana...
21 Oktober 2025 - Setiausaha Kerajaan Kelantan, YBM Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa), telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah MAQIS Negeri Kelantan, Tuan Syed Fuad bin Syed Putra, bersama rombongan pegawai kanan jabatan.
Kunjungan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dan MAQIS dalam aspek kawalan biosekuriti, keselamatan makanan serta pengurusan sempadan negeri. Semoga hubungan erat ini terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.
14 September 2025 - YBM Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Azmin bin Yusoff, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kelantan yang baharu.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh integriti dan tadbir urus yang telus di Negeri Kelantan. Kerajaan Negeri amat menghargai usaha berterusan SPRM dalam memerangi rasuah serta menyokong penuh inisiatif ke arah pentadbiran yang bersih dan beramanah.
https://www.facebook.com/share/p/1DSXbXxe7t/
09 SEPTEMBER 2025/16 RABIULAWAL 1447HKOTA DARULNAIM, 09 September 2025 – Majlis Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 telah berjaya diadakan di Dewan Bunga Teratai Kompleks Kota Darulnaim dan telah telah dirasmikan oleh YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.Seramai 72 Kumpulan dari pelbagai jabatan/agensi negeri yang menyertai pertandingan inovasi bagi tahun 2025 telah menerima penghargaan bagi setiap pencapaian masing-masing. Sebanyak 43 kumpulan bersaing hebat dalam...
16 Julai 2025 – Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa, Setiausaha Kerajaan Kelantan, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berbahagia Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, di Pejabat KPPA, Putrajaya.
Pertemuan selama hampir dua jam ini menjadi platform perbincangan mendalam antara Kerajaan Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, menyentuh pelbagai isu strategik termasuk penstrukturan semula perjawatan, pembangunan serta penempatan sumber manusia dan penerapan nilai H.E.M.A.T sebagai asas kepada budaya kerja sektor awam yang...
YBM Tengku Kaya Perkasa, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Kunjungan ini turut disertakan dengan pembentangan oleh pihak MOSTI berkenaan konsep pelaksanaan Program MADANI Rakyat (PMR), sebuah inisiatif inklusif yang menyatukan pelbagai agensi kerajaan di bawah satu platform bagi menyampaikan perkhidmatan secara terus kepada rakyat.
PMR berteraskan prinsip mendekatkan perkhidmatan kerajaan yang lazimnya tertumpu di peringkat...